Kuala Lumpur – 3 April 2024 – Vit’s telah mengadakan program CSR di Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi dengan kerjasama Percaya Cahaya Hawwa. Vit’s juga menaja produk iaitu “Air Dried Broad Noodles” sebanyak 30 karton untuk diberikan kepada anak-anak yatim piatu di Baitul Ehsan Al-Khairi. Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan sepanjang program di Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi.
Vit’s juga pernah melakukan beberapa sumbangan kepada masyarakat seperti sumbangan kepada Pusat Jagaan Remaja Perempuan Unggas Kuala Lumpur, Program Khidmat Kaunseling di PPR Desa Rajang, Jamuan Komuniti Kejiranan Bandar Tasik Puteri, Rumah Transit Chow Kit for Homeless, Mangsa Banjir di Mentakab Pahang, Warga Emas Charity dan banyak lagi.
Tujuan Vit’s menyertai program CSR di Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi ialah dapat mengurangkan beban mereka dari segi keperluan harian. Disamping itu, kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita. Vit’s dapat meningkatkan reputasi, imej syarikat dan pengguna akan sering memilih untuk menyokong Vit’s untuk membantu lebih banyak kebajikan pada masa hadapan.